Adik, aku sayang kamu semua.
Mari kita sehati.
Aku tak mahu kita berpecah.
Biar kita tak sekepala.
Aku mahu kita sehati.
Pendapat kamu aku berbeza adik.
Percayalah, bukan aku mahu tunjuk keras kepala.
Cuma fikiran aku terfikir untuk kita adik.
Untuk lihat kita sehati.
Bukan berpecah seperti yang lain
Adik, tolong aku.
Jadi anak yang ta'at perintah Allah.
Jadi anak yang dengar kata dan hormat mak ayah.
Jadi anak yang soleh dan solehah.
Kerana aku mahu kita diredhai Allah dunia akhirat.
Adik.
Aku tahu terkadang langkah aku kongkang.
Tegurlah adik, jika aku salah.
InshaAllah aku terima adik.
Jangan malu ya.
Adik aku sayang kamu semua.
Maaf jika aku terlewat menyatakan sayang aku pada kamu semua.
Aku along kamu.
Sentiasa mendoakan kejayaan buat kamu adik.
Janji adik pada aku.
Kita sehati sampai mati...
P/s : Buat adik-adik yang aku sayang.
No comments:
Post a Comment