Sunday, 29 April 2012

Malam Hampir Melabuhkan Tirainya

Saat malam hampir melabuhkan tirainya.
Aku masih kaku menghadap papan kekunci bertemankan cahaya skrin laptop ini.

Sebelum aku menghadap.
Aku terlena kepenantan.
Dalam terlena, aku asyik terjaga.
Sehingga kini aku masih cuba memujuk mata.
Masih tidak berjaya.

Aku bertanya pada sang hati.
"Apa yang tak kena ni.
Apa yang kau nanti..
Apa yang kau amati."
Aku tiada jawapan untuk soalan itu.

*diam*

"Bukankah kau sudah meninggalkan pesan tadi."
Pujuk si hati berbisik kedengaran.

Ia tidak sama.
Tapi jika aku mampu.
Aku mahu pesankannya sendiri padanya.
Tapi aku malu.
Sangat malu.

*nafas panjang aku helakan*

*terfikir aku*

Barangkali lena yang sementara itu.
Memberi tenaga untuk aku saat ini.
Kuatnya rasa ini dari dalam.
Aku pula yang excited dibuatnya.

Tersenyum dan berdoa saja kepada-Nya.



P/s : SSS

No comments:

Post a Comment