Wednesday, 25 April 2012

Nilai Diri Sebelum Orang Lain

Bila kita bincang tentang isu dalaman si orang-orang. Mereka akan sibuk memperkecilkan si orang-orang lain. Sedangkan mereka tidak mampu untuk melakukan seperti apa yang orang-orang lain ini lakukan. Apa yang mereka tahu hanya jatuh menjatuhkan.

*reaksinya*

Tangan menggenggam, jari hantu di naikkan. Seluruh tangan dikibar atas kepalanya.

"Bajet kau kacak buat mcam tu. TOLOL!"

*diam*

Apa masalah kau si orang-orang? Kau hanya tahu jatuhkan orang, sedangkan akal kau kosong tentang semua ini. Jika akal kosong jangan nak sembang kencang. Apa yang kau tahu tentang  cerita semua ini. Bila di tanya, sebok kaitkan hal yang 10 tahun yang lepas. Ternyata kau ni si gebang. Biar tak kembang, janji dalaman berkembang. Bukannya hanya sembang kencang, akal kontang.

*dengus*

*tarik nafas dalam*

Astaghfirullah hal azim.

"Ya Allah tenangkan rasa marah aku ini"

Aku bidas lawan itu. Bukan nak tunjuk hebat, cuma bijak si akal untuk bersuara pula aku bidaskan.

Jangan nak sebok comparekan setiap perkara itu. Sedangkan kau hanya melihat dari jauh sedangkan kau tak meneliti dari dekat. Cuba kau renung atau kau tanya, pasti perspektif kau akan berubah positif. Aku yakin tentang ini. Jangan nak jadi bodoh sombong.

Bila aku kata "kau sokong Malaysia?"

Dia kata "mestilah aku sokong."

*aku bidas*

Jika itu kata kau perlu ke kau meninggikan yang di luar sana. Agungkan sampai tinggi melangit. Sedangkan kau tak tahu apa masalah yang di luar sana. Apa yang kau tahu, jatuh, jatuh dan terus menjatuhkan orang lain. Cukup-cukuplah kau punya gebang. Budak sekolah mungkin boleh kau nak gebang. Jika kau soal tentang apa yang aku tahu, terkembang-kembang mata kau lihat aku. Terkejut atau panas telinga gamaknya.

*diam*

Bertukar topik kononnya masa tu. Aku tahu kau malu depan budak-budak lain.

Haihh~

Jika mahu bijak berkata biar berakal kawan. Jangan biarkan akal itu terus menerus tololnya. Tapi gunalah kebijaksanaan akal yang Tuhan kurniakan untuk berfikir sebelum berkata. Jika mahu menjatuhkan biarlah ia boleh membangunkan dan merangsang akal. Ini hanya menjatuhkan kemaluan kau saja. Lihatlah, siapa pula yang malu sekarang. Tunduk kau, diam tak terkata.

Kadang-kadang aku kurang bercakap dengan kau bukan kerana apa, aku tak mahu berbalah dengan kaki gebang. Better aku duduk diam-diam dalam bilik ni sorang-sorang dan tutup pintu. Kadang-kadang dengar cerita kau dari dalam pun menyirap aku dengar. Aku bukan Autism. Tapi aku akan jadi Autism jika orang-orang seperti ini ada dalam orbit yang dekat gila dengan aku.

"Autism aku bertempat."


P/s : Jika tak kenal aku, korang akan kata aku berlagak. Cara aku berkawan pelik sebenarnya. Maaf.

No comments:

Post a Comment