Intai aku dalam cermin.
Biasan diri aku hadir tepat.
Aku tenung.
Aku renung.
Dari atas, ke bawah.
Aku tak puas melihat diri aku sendiri.
Aku kosong.
Apa yang aku buat ni.
Apa mahu aku sebenarnya.
Apa yang aku mahu cari dalam aku.
Betul kusut masai jadinya.
Intai aku dalam cermin lagi.
Biasan diri aku masih kekal tidak berganjak.
Setia benar ia.
Akal fikiran kosong.
Mata merenung sedalam mungkin.
Biasan itu tak mampu faham apa-apa.
Ia mati pada dasarnya.
Hanya tahu mengajuk.
Tunduk aku ke bumi.
Aku berbisik dalam sunyi.
Mengapa kau bisu.
Tidak bersuara sepatah kata.
Aku mahu bersuara kepada kamu.
Tapi kamu mati.
Aku diam bisu.
Aku tenung lagi sedalam mungkin.
Makin direnung makin sakit.
Makin ditenung, makin tenat.
Lalu aku terpejam lena.
Sepi di bawa mimpi.
No comments:
Post a Comment