Selagi hati ini masih teguh pada landasan-Nya.
Selagi mata ini mampu pejam dan celik.
Selagi tulang empat kerat ini masih kuat.
Dan Selagi jasad ini masih bernyawa.
Aku anak mu yang sulung akan sentiasa ada.
Yaa, ada untuk mu ayah.
Biar aku di campak dari atas.
Biar aku jatuh tersungkur.
Biar aku di rempuh.
Aku masih mahu bangun sedaya upaya aku.
Aku masih tetap mahu ada di samping mu ayah.
Inilah masa untuk aku buktikan kasih sayang ku pada mu ayah.
Mungkin tidak pernah aku tonjol duhulu.
Dalam kata-kata indah di hadapan mu.
Mungkin dangan kata-kata tidak cukup.
Dan saat kesamaran inilah aku tonjolkan kasih sayang aku pada mu ayah.
Biar tiada siap yang lihat, tapi biar kita saja merasainya bersama ayah.
Ayah ketahuilah.
Mata ini tidak jemu memerhatikan mu.
Lidah ini tidak tahu erti penat mendoakan mu.
Hati ini tidak kenal erti lelah menyayangi mu.
Fikiran ini tidak pernah berhenti memikirkan mu.
Izinkan along peluk ayah dalam tidak ayah sedar ini.
Along sayangkan ayah...
P/s : Along nak jaga ayah setiap saat dan masa boleh...
No comments:
Post a Comment