Monday, 13 August 2012

Penghujung Ramadhan Pembukanya Syawal

Pada permulaan sangat perlahan
Seperti mahu percepatkan waktu
Sangat selfish bukan
Lagak memang berlagak.
Gaya seperti sudah lengkap
Realitinya kontang

Tiba pada pertengahan pula
Semuanya berjimba
Kesana kemari
Semaunya mula leka
Sedangkan masa yang ada belum tentu mencukupi
Masa ini sangat jealous tahu

Saat penghujungnya
Masih lagi leka
Yang wajib entah kemana melilau
Dan yang sunnat apatah lagi
Sememangnya ini realiti

***

Pada waktu ini kesedaran itu menjelma
Berteriaknya jiwa
Meronta-ronta resah
Menagih ketenangan menjelma
Serta keampunan dosa kemarin

Saat pada waktu ini
Bertahan tetap bertahan.
Menempuh onak melanda
Biarpun pelbagai rasa terpancul
Tempuh tetap rempuh.

Dipenghujung Ramadhan ini
Sedih mengenang hari yang hampir penghujung
Moga diperkuatkan luar dan dalam
Mohon ketenangan
Segala diberkati

Semoga Ramadhan yang mendatang dapat kita bertemu lagi
Akan ku sambut mu dengan penuh keindahannya hari-hari mu
InsyaAllah...



Salam penghujung Ramdhan
Mari perkuatkan lagi iman
Pertambahkan amal
Buat bakal pembuka Syawal
Salam Syawal buat kalian
Mohon ampun dan maaf buat kalian
Jika terkasar dalam tingkah dan juga bahasa



P/s : Harap-harap tidak terlalu lambat dan tidak terlalu awal.

No comments:

Post a Comment