Berlari aku dalam gelita.
Gerak langkah sasau.
Teraba-raba dalam kelam.
Mencari petunjuk.
Kalau-kalau ada petunjuk ke jalan terang.
Mundar mandir jadinya.
Kekalutan rasa mula menyingkap.
"Lari, lari, lari!"
Kaku aku dan terdiam.
Dalam mengah berlari.
Mata aku disorot, disepetkan.
Kelihatan cahaya di hujung sana.
Seperti mahu menghapiri aku.
Seakan-akan Serigala yang mahu membaham aku.
"Lari, lari, lari!"
"Jangan kau gentar walau sedikit pun."
"Kau mahu rentung terbakar?"
"Kau yakin itu api?"
Tercengang aku.
Lelah.
Seperti mahu menangis.
"Mungkin itu cahaya yang kau perlukan. Sampai bila kau mahu larikan diri?"
"Aku takut, kalau-kalau aku jatuh lagi."
"Buang rasa takut itu, pasti kau tak jatuh lagi."
"Bagaimana kalau aku jatuh lagi?"
"Bangun dan teruskan berjalan. Pasti ada yang menunggu di hadapan sana."
P/s : Allah tidak berikan semua yang kita mahu, tapi Dia akan beri apa yang kita perlu.
No comments:
Post a Comment