Wednesday, 16 May 2012
Dia Guru
Bangun semua!
Assalamualaikum guru.
Ya cikgu yang mendidik kita.
Tidak kiralah di sekolah, universiti, kolej atau sesiapa saja yang telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kita.
Tidak kiralah mereka adalah cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sifu dan apa saja yang sama erti dengan warga pendidik ini.
Dia mengajar.
Dia menasihati.
Dia merotan.
Dia melempang.
Dia menengking.
Dia berkongsi rasa.
Dia berkongsi rahsia.
Semuanya dia cikgu.
Banyak yang dikongsi.
Ilmu dunia.
Ilmu akhirat tak dilupa juga.
Besar pengorbanannya cikgu kepada kita.
Mulianya seorang cikgu.
Terima kasih cikgu.
Untuk ilmu.
Untuk nasihat.
Untuk tengkingan.
Untuk pengalaman.
Untuk lempangan.
Untuk rotanan.
Dan hari ini.
Kita menjadi manusia.
Dan bukan alien.
Bangun semua!
Terima kasih cikgu...
P/s : Selamat hari cikgu dan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kalian wahai guru-guru ku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment