Monday, 23 April 2012

Hidup Tak Semudah ABC


Jika kita di tadika dahulu kita belajar tentang ABC hinggalah pada huruf yang terakhir iaitu Z. Pada zaman itu ia hanyalah huruf yang kosong tanpa makna. Ia hanya kita gunakan untuk mempelajari bagai mana mahu membaca dan menulis. Yaa, itu zaman kita di tadika.

Kini ia berbeza, kerana pada aku setiap huruf adalah erti sebuah kehidupan yang kita akan lalui pada setiap hari-hari kita yang bakal muncul pada masa hadapan dan kedepan ini. Banyak bongkah-bongkah yang menyekat dan meyukarkan setiap perjalanan kehidupan itu sendiri. Dan aku percaya tanpa bongkah-bongkah ini, kita pasti tidak merasakan kemanisan  hidup. Tidak semuanya yang pahit tak sedap. Kerana setiap yang pahit kita akan merasai manisnya di hari yang kehadan itu nanti. Yaa, aku percaya itu.

Jika sebuah kehidupan itu semudah ABC pada zaman tadika, mungkin itu bukan kehidupan. Pelbagai kehidupan yang aku lihat dari segi gaya dan cara si manusia yang wujud dan bermain lari-lari mengelilingi aku setiap masa. Adakalanya mereka penghibur dan adakalanya mereka penyedih pada aku. Itu normal pada kita-kita bukan. Jangan nak tipulah kalau tak ada yang bersedih. Walau selangsi mana pun si kacak atau si cantik itu pasti pernah merasa suka, duka dan sedih.

Kesukaran dalam perjalanan realiti kehidupan itu menguatkan. Bukan melemahkan. Bersabar. Bila tiba waktunya, semua akan berakhir. Jika kita dalam  keresahan, perlu tabah menghadapi. Jika gundah itu menyelubungi jiwa, bersabarlah. Jika goyah, percaya pada Allah dan mohon petunjuk. Jadikan dosa kelmarin sebagai batu lonjakkan untuk kita berubah pada saat ini, sepaya tidak mengulanginya semula. Tidak semua yang jahat itu akan terus jahat. Aku percaya setiap yang jahat itu pasti ada secebis rasa untuk berubah.:)




P/s : Aku tulis, aku rasakannya sendiri.

No comments:

Post a Comment