Monday, 12 March 2012

Zaman Sekolah buat Zaman Kini Kita Berakal

Teringat aku pada zaman persekolahan aku dulu. Bila di kenang kembali, ternyata semuanya indah-indah belaka. Benar kata cikgu-cikgu aku dulu, alam persekolahan adalah zaman paling indah. Kelak kamu semua pasti akan rindu pada alam persekolahan kamu ini. Yaa, masa zaman itu mungkin aku dan kawan-kawan yang lain masih mentah dan bodoh tetang ini semua. Tidak sedetik pun memikirkan tetang itu dan ini. Apa yang aku tahu, hanya mahu berseronok saja.

Biarlah di denda cuci toilet, sebab tak hafal sifir.
Biarlah di beri kerja rumah yang banyak gila, sebelum cuti penggal.
Biarlah di sebat di bontot, sebab buat bising dalam kelas.
Biarlah di denda berdiri atas kerusi, kerana 'lupa' siapkan kerja rumah.
Biarlah di lempang dalam perhimpunan, sebab terkinja-kinja dalam perhimpunan.
Biarlah di gelak oleh semua pelajar lain, sebab menggelabah jadi MC time perhimpunan.
Biarlah di suruh buat spot-check pada kawan-kawan sendiri, tapi semua aku lepaskan.
Biarlah di panggil cikgu disiplin berkali pun, sebab kantoi dating dekat library.

Bermacam ragam aku pada tika itu. Bila saat dewasa ini, aku tersenyum sendiri bila teringat semua perkara pada zaman persekolahan aku. Dari pelajar biasa, kepada ketua kelas. Dari ketua kelas sehingga aku menjadi pengawas. Pengawas atau mawas, aku pun tak pasti. Semua aku selamatkan.

Tapi pada zaman dewasa ini aku mula serabut dengan segala perkara itu, ini. Arghhh! Pening kalau di fikirkan. Apa pun tak boleh. Tapi aku percaya segalanya yang akan mematangkan kita supaya menjadi dewasa yang berakal. Yaa, berakal. Bukan berotak. Sebab bintang pun ada otak, tapi tidak punya akal untuk berfikir.

Pada zaman kedewasaan aku ini, aku rindukan mereka-mereka yang ada pada zaman-zaman lampau aku yang aku rasakan handsome. Walaupun aku tahu ia terlihat rongak. Segalanya masih dalam ingatan aku ini dan masih bernafas segar.

Sumpah! Aku rindu zaman sekolah aku. Penuh gelak dan tawa.
Please, putarkan waktu itu sekejap untuk aku bergelak bersama mereka-mereka.



P/s : Aku mahu pakai baju sekalah semula.

No comments:

Post a Comment