Sunday, 11 March 2012

Buat Mata Aku Terpaku

Dalam asakkan manusia sekeliling.
Aku terselit di celah keramaian orang.
Saat itu, aku bagai di serang Pneumothorax.
Dalam train ini.

Sendat...

Padat...

Dalam sesak-sesak manusia.
Aku di asak untuk bergasak.
Aku toleh sisi kiri aku.
Dalam saat kelam asakkan mereka.
Mata aku terpukau.
Terpaku aku melihat.

Ayu...

Manis...

Mata ini mula nakal gamaknya.
Tidak berkelip melihat.
Alamak, dia perasan pulak.
Aku kalih tempat lain.
Control Feqah.
Buat relax sudah.

Aku perhati lagi.
Tak serik.
Kali ni lain.
Dia juga perhatikan aku.
Mata aku, mata dia.
Kami terpaku di sini.

Aku kalah dalam permainan mata ini.
Aku mula nervous.
Aku dah berpeluh ni.
Aku malu saat ini.
Aku tunduk ke kaki.
Sumpah aku malu.
Tapi mahu melihat lagi.

Adakah ini yang di namakan cinta pandang pertama?
Aku kurang pasti.
Aku tersenyum seorang.

Yang aku tahu hanya mata bulat itu milik aku, dalam sesak-sesak manusia.
Mata itu, buat aku tertarik.
Mata itu, buat aku nervous.
Mata itu, buat aku berpeluh, basah.
Mata itu, buat aku kaku melihatnya.

Dalam hati aku memohon, moga dia turun sama destinasi dengan aku.
Dalam renungan aku dia.
Tapi sayangnya kau turun pada hentian ke-empat itu.
Aku betul-betul hampa.

Aku kata pada teman.
Aku menyesal la bhai.
Menyesal gila!
Apa yang kau menyesalkan ni Feqah?
Aku menyesal tak dapat tanya nama dia.
Siapa dia?
Dia yang mata bulat di pintu hujung sana tadi.
Patutlah kau tersengih-sengih macam kerang busuk.

Dalam sepanjang perjalanan itu aku hanya tersenyum.
Bayangan dia seakan-akan mengekori aku.
Jika ada jodoh aku kau.
Pasti aku kau akan bertemu kembali.



p/s : Mid Valley + Serdang + Nilai.

No comments:

Post a Comment